Hey! I'm Emy Adila
Rindu anak sedara aku T.T
Friday, April 26, 2013 ? 0 Atashinchi ?
Hello

Aku datang lagi minggu ni. Haha, doakan la aku moga moga aku aktif balik dalam berblog ni. Hari ni ni saja je nak kenal kan anak sedara aku kat kau orang semua. Nama pendek dia sophia. Nama panjang dia sophia lavenea yasmina. Haaaa tu diaa, panjang gila nama mak hang bagi.

oke, ni muka hodoh dia.

Hobi dia atau benda paling dia suka buat atau benda mengisi masa lapang dia adalah menangis dan melalak. Gambar atas tu boleh jadi jadi bukti okay kamu kamu semua. Hari tu parents dia sibuk sangat dengan kerja, papa dia kerja balik malam, bunda dia pulak kerja pramugari, kerja 2-3 hari baru balik, dengan maid nk berhenti kerja lagi. So mak aku yang baik hati menawarkan diri untuk jaga sophia sementara cari pengasuh, so hantar la sophia duduk kelantan. Sophia duduk rumah aku ni dalam sebulan setengah mcm tu la, dia punya ketahanan untuk nangis tu memang kuat gila weh. 2jam tanpa henti pun mampu buat. Anak sedara sapa la ni. Kalo kakak aku tengok aku kutuk anak dia ni confirm tak bagi dah aku jumpa sophia. KAHKAHKAH.

Masa dia kat rumah aku, setiap kali parents aku nak keluar mana, macam biasalah, aku memang malas ikut, so aku kena jaga budak solehah ni. Gila. Memang budak ni suka betul dera mental dan fizikal aku. Tsk tsk *kesat hingus*. Bayang je lah time dia nangis tu sambil nangis sambil tarik telinga aku pakai kuku lagi.

Tetiba rasa nak bertukar jadi monafendi kejap. grr grr

Lepas sebulan setengah mengharungi cabaran, bunda dia pun datang la ambik budak sophia ni. Lepas lega sikit.

*dua hari kemudian*

Punya la rindu dekat anak buah aku ni, siap nangis guling guling lagi *waklu, tokok tambah je okay*


okay sophia tahu sophia cute sangat. 

KAHKAHKAH  okay bye!



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post