Hey! I'm Emy Adila
x semua kawan baek..:(
Friday, March 4, 2011 ? 0 Atashinchi ?
kadang-kadang aku ghase hidup lagi best kalau takde kawan. siyes aku fedup sangat.

aku selalu cari dimana kejujuran dalam persahabatan. aku sanggup berjimat ikat perut semata-mata nak bagi duit time kawan-kawan aku susah. aku sanggup rendahkan ego aku demi kawan walau terang-terang die yang salah. 
TAPI KAWAN? kenapa aku saje yg patut memberi?

hurm.

aku ingat lagi time kat sekola. aku ade sorang kawan yg sangat rapat. aku percaye die sangat-sangat. sanggup berkongsi maggi semangkuk dengan die walau masing-masing tengah lapar tahap gaban.. manisnya saat itu. tapi saat itu tak kekal. dalam diam die memporak-perandakan kehidupan aku. mengata aku bukan-bukan depan kawan-kawan yang lain. menjatuhkan maruah aku secara senyap-senyap. bila aku tahu semua ni hanya tuhan saje yg tahu hati aku camane. hancur luluh sampaikan time mandi je aku mesti pasang air kuat-kuat pastu menangis esak-esak. aku ghase nak  peluk umi aku sampai tak nak lepas. sungguh aku dah tak tahan dengan dugaan berkawan. sebulan aku mengenang nasib. sebulan aku pergi kelas sorang-sorang. sebulan aku hanya mampu melihat die tapi tak mampu menegur. sebulan aku terpaksa dengar pertanyaan kawan-kawan kenape aku dan die renggang. tapi aku tak dapat jawab. sungguh. Ya Allah beratnya ujianMu kali ni. pasrah sangat-sangat.

dan sekarang. ujiannya tetap same. aku cuba ikhlaskan diri aku dalam berkawan walau aku tahu tak semua kawan ikhlas dengan kita. tak semua sanggup berkorban. even orang itu kawan baik.

sumpah. aku bukan minta balasan dari kawan. sungguh aku tak ingin. tapi aku nak juga rase kemanisan dalam persahabatan. nak rase kemanisan kejujuran. tapi aku tak pernah dapat. oke fine, takpe aku redha. Die yg mengatur kehidupan aku begini.


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post